Favicon1Selamat Datang di blog Bimbingan dan Konseling ( BK ) SMP 4 Bae KudusFavicon1Sekolah Potensial Rintisan Menuju SSN ( Sekolah Standar Nasional )Favicon1Menggandeng Tangan, Membuka Pikiran, Menyentuh Hati, Membentuk Masa Depan, Seorang Guru Berpengaruh Selamanya, Dia Tidak Pernah Tahu Kapan Pengaruhnya BerakhirFavicon1Ing ngarsa sung tuladha, ing madya mangun karsa, tut wuri handayaniFavicon1Ayo cancut tali wandha mbangun negara lan bangsaFavicon1

Rabu, 08 Mei 2013

HARI PENDIDIKAN NASIONAL.

Dengan Semangat HARDIKNAS Tahun 2013 Kita Tingkatkan Kualitas Pendidikan Menuju Sukses Wajib Belajar 12 Tahun semoga Rakyat Indonesia bisa mengenyam pendidikan minimal SLTA

Kamis, 27 Desember 2012

REMAJA

Remaja
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".
Ciri-ciri Manusia Remaja
  • Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
  • Suka berangan-angan Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
  • Senang Terpengaruh oleh Emosi Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..
TAJUK : Huraikan Masalah Sosial Yang Di Kesan Di Kalangan Pelajar
1.0 Pengenalan
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.
2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar
Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).
3.0 Masalah-Masalah Sosial Pelajar 3.0.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guruguru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersamasamanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar.
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
3.0.2 Samseng Dan Gengsterisme Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli.
Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.
3.0.3 Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.
Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya..
3.0.4 Black Metal
Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam. Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.
3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.
4.0 Penutup
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
Rujukan
Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books.
Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas.
Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar. Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.
Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.
Oleh Rasid Rahaman
KETIKA memandu seorang diri, tiba-tiba saya teringat beberapa kejadian menyedihkan ketika bertugas sebagai wartawan di Harian Metro sekitar awal 1990-an.
Ketika itu perkataan bohsia dan bohjan masih asing lagi. Begitu juga mat rempit, tetapi penyakit sosial membabitkan remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun sudah parah. Apa tidaknya ketika membuat tinjauan masalah sosial di kalangan remaja ketika itu, pelbagai maklumat saya peroleh. Antaranya membabitkan tiga gadis remaja tinggal sebilik dengan dua remaja lelaki. Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengandung anak luar nikah, tetapi berjaya menyorokkan daripada diketahui sesiapa walaupun kandungan sudah berusia lapan bulan.
Di dalam beg tangan kebanyakan remaja perempuan, tersimpan pil perancang, kondom dan pelbagai lagi khazanah untuk diri sebagai perlindungan ketika melakukan seks bebas.
Kejadian itu berlaku 15 tahun lalu dan kini saya tidak tahu ke mana perginya remaja terbabit yang mungkin sudah berusia antara 28 hingga 30 tahun. Mungkin mereka insaf atau terus bergelombang dengan dosa sama ada sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) atau pelacur.
Pengalaman itu menyedarkan saya bahawa kita sebagai ibu bapa selama ini gagal melaksanakan tanggungjawab kepada anak menyebabkan mereka terlalu lemah menghadapi pelbagai dugaan hidup. Oleh itu, tidak hairanlah ramai daripada anak kita terjerumus dalam masalah sosial dan kegiatan maksiat.
Anak ialah pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya menjaga dan memelihara mereka. Sebagai ibu bapa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa terhadap anak amat berat. Jika kita salah mendidik atau mengabaikannya, anak kita mungkin menjadi tidak keruan hidupnya.
Sungguh malang, sudahlah kita tidak memberi didikan agama kepada mereka, kita sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling dahsyat lagi, kita asyik mengumpul dan terpengaruh dengan pujukan dunia.
Oleh kerana hendakkan kemewahan berlipat ganda, kita abaikan tugas sebagai bapa dan suami. Anak maharajalela dan isteri pula tidak mendengar kata, malah ada yang berlaku curang.
Sedarkah kita ada di kalangan anak tidak tahu membaca al-Quran. Tidak tahu sembahyang bahkan al-Fatihah pun tidak boleh baca, jauh sekali daripada menghafalnya. Ada juga yang tidak tahu menyebut syahadah walaupun sudah baligh.
Akibatnya kebanyakan anak hari ini terdiri daripada mereka yang hanya pandai berfoyafoya, pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta menderhakai orang tua mereka.
Apa yang dikesalkan, kita tidak mahu menyalahkan diri sendiri tetapi menyalahkan anak dan paling teruk menyalahkan orang lain. Sebenarnya semua ini berpunca daripada kita yang tidak mengambil berat mengenai didikan agama.
Puncanya kerana perasaan kasih sayang sudah luput daripada kita. Kebanyakan kita sudah tidak menyayangi anak lagi. Buktinya kita tidak ambil pusing hal keagamaan anak kita.
Ingatlah antara tiga bekalan di akhirat kelak ialah amal jariah, ilmu yang diperturunkan kepada orang lain dan doa anak salih. Jika anak hendak membaca al-Fatihah pun tidak tahu, macam mana dia hendak mendoakan kita kelak.
Sebenarnya kita tahu, tetapi sengaja tidak mengambil tahu bahawa anak yang beribadat, bersembahyang dan mendoakan kita, pahalanya juga akan sampai kepada kita lantaran didikan dan asuhan kita dulu. Ibarat pokok yang kering apabila disiram air akan segar semula. Begitulah mustajab anak yang salih mendoakan ibu bapanya.

Jumat, 01 Juni 2012

Bimbingan dan Konseling: HYPNOCOUNSELING: Memanfaatkan Metode Hipnotis Untuk Konseling. Jika konseling diartikan kontak atau hubungan timbal balik antara konselor dengan klien untu...
Bimbingan dan Konseling: HYPNOCOUNSELING: Memanfaatkan Metode Hipnotis Untuk Konseling. Jika konseling diartikan kontak atau hubungan timbal balik antara konselor dengan klien untu...